Sabtu, 12 November 2011

Awesome:)

Oh,Assalamualaikum,

'Waalaikummussalam'jawab Cik Timah belakang rumah.

p/s:Sila abaikan Cik Timah itu ye.Mungkin beliau kepenatan.

Okay.Pertama sekali aku dah lama tak update blog.Beselah aku kan PMR tahun ni.Walaupun lepas PMR ,aku tetap malas nak update.Yang kau update ni apa?*Pang.a slap on my face.Curse that part.

Hmm..Aku ada rasa nak padam blog ni.Tapi rasa mcm tanak pon ada because this is my first blog in the world and Amerika Syarikat.lol.Lagi pun blog ni adalah hasil penat lelah aku semata mata nak dapatkan carry mark Sem1 untuk subjek computer.HAHA.aku dapat 95.Sumpah bangga.Lol.

Okay.Jadi aku fikir aku just nak biarkan blog ni berhabuk dan bersawang.Nanti kalau aku ada anak cucu boleh tunjuk sikit.

Cu:Nek,nek ada blog tak?
Me:Of course lah cu.Blog nenek yang awesome ni still ada.

*Curse that part,

Okay lah bye.nak melantak nasi.Selamat tinggal.

Gracias sebab baca bnder ni.Sekian.

Khamis, 3 Februari 2011

Zaman SekaraNG~!!! Kes Buang Bayi~

Assalamualaikum,,

Sudah berapa abad aku tidak meng'update' blog ini..Maafkan aku blog,,aku sekarang ni tgh study di MRSM Gerik dan tahun ini aku bakal menjadi candidate PMR..Jadi,,selama aku di asrama, aku akan hiatus FACEBOOK,BLOG,TUMBLR,FORMSPRING,HABBO dan mcm2x lagi!

Untuk post kali ini,,aku nak tulis tentang cinta..Aku tahu sume manusia di muka bumi ini mempunyai perasaan cinta..Dan juga perasaan mengasihi dan dikasihi.
Aku tahu perasaan itu normal..Tapi yang tidak menjadi normalnya apabila perasaan cinta itu sudah melebihi batasan yg sepatutnya..Sepatutnya kalau dah saling mengasihi dan tak dapat menahan nafsu(koranglah bukan aku.. :)) WAJIB KAHWIN..Ini berdasarkan buku Indahnya Hidup Bersyariat yang aku pinjam dari Uda aku...Akibatnya,,bila cinta lebih2x tnpa perkahwinan..akan terjadilah gejala sosial spt. zina..Bila berzina,,maka akan keluarlah sperm dn akan bercantumlah dgn ovum..Bila bercantum,,apa yg terjadi?cuba teke...

Jeng...Jeng..Jeng....

Inilah jadinya...



Tegarkah anda melihat baby secomel ini dibuang?Alangkah kasihannya baby yg tidak berdosa ini..Salah siapa lah ni kan?Cubalah kalau orang yg buang baby itu tak buang baby,,mesti baby ni dah membesar..Mungkin satu hari nnti dier boleh membangunkan negara,,sape tahu betul tak?Tapi malangnya,,mereka yang tidak berperiikemanusiaan ini tetap membuang baby ini..Tidakkah anda berasa berdosa wahai pembuang bayi?

Aku tahu kalau pembuang bayi ni tidak buang bayi dier,,dia akan dicemuh,diboikot dan mcm2x Di lagi lah..Tapi kalau dah tahu benda ini akan berlaku,,kenapa anda nk berZINA juga??Bukankah Islam mengajar kita agar menjauhi zina?Bukankan agama lain juga menghalang penganutnya melakukan aktiviti yang tidak bermoral ini(buang bayi)??

Tapi kenapa masih berlaku lagi??

Aku jadi sangat risau bila tgk pembuangan bayi berleluasa..Tidakkah anda takut pada azab Allah S.W.T yang Maha Berkuasa?Jikalau turunnya azab Allah S.W.T ia tidak mengenal org yg beriman mahupun org yg berdosa..Yang membezakannya hanyalah di akhirat nanti...

Oleh itu,fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia..Janganlah membuang bayi..Haiwan yang tidak berakal juga tahu menjaga bayi inikan lagi anda yang dikurniakan akal..Sampai disini sajalah post kali ini...

Fikir-fikirlah wahai manusia..